Pelaksanaan E-Invois secara berperingkat melalui 4 fasa telah dilaksanakan bagi semua entiti perniagaan di Malaysia.
Ini bertujuan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran percukaian negara dalam usaha menyokong pertumbuhan ekonomi digital. Selari dengan itu, kami menawarkan perkhidmatan perundingan pelaksanaan E invois kepada koperasi yang memerlukanya.
OBJEKTIF PERUNDINGAN
Memastikan Koperasi dapat membuat persediaan dari segenap aspek proses kewangan dan bukan kewangan dalam memastikan pematuhan kepada perundangan e-invois dapat dilaksanakan.
a) Memberi pemahaman berkaitan e-invois kepada ALK dan Kakitangan
b) Menyediakan penetapan awal sistem portal myinvois LHDN untuk koperasi
i. Persekitaran latihan (sandbox)
ii. Persekitaran sebenar
c) Memastikan kakitangan boleh menyediakan e-invois dengan menyediakan Latihan penggunaan portal e-invois.
CADANGAN SKOP RUNDINGAN
i. Taklimat e-invois bagi menerangkan garis panduan e-invois umum dan spesifik LHDN
ii. Menganalisa struktur pendapatan dan perbelanjaan sedia ada.
iii. Memberi cadangan penambahbaikan kepada proses kerja sedia ada kepada patuh peraturan e-invois.
iv. Memberi cadangan mekanisma yang sesuai dalam penghantaran e-invois kepada LHDNM.
a) Menggunakan portal myinvois atau/dan;
b) Application Programming Interface (API).
Sebarang pertanyaan dan persoalan berkenaan perkhidmatan dan perundingan E-Invois, boleh berhubung dengan pegawai kami, Encik Norafli Ahmad.